Diriwayatkan dari Anas r.a: “Nabi Muhammad SAW pernah bersabda:  “Apabila seseorang mengantuk ketika sedang mengerjakan solat hendaklah  ia tidur terlebih dahulu hingga ia mengerti apa yang ia katakan (atau ia  bacakan).” 
(al-Bukhari)
Huraian:
Jika kita merasa sangat mengantuk dan letih eloklah sekiranya kita  baring seketika. Selepas itu bangun dan ambillah wudhu’ dan tunaikan  solat. Ingat! Jangan terus tertidur.
Sebenarnya seseorang itu hendaklah bersembahyang dengan kekuatan yang  ada pada dirinya. Tidak secara terpaksa hingga tidak sedar tentang  bacaan dalam solat mahupun bilangan rakaat yang telah dikerjakan. Solat  seperti ini boleh membawa kepada batal.
Malah adalah lebih baik sekiranya setiap kali merasa mengantuk kita  memperbaharui wudhu’ semula kerana dengan cara membasuh muka dan  mengenakan air kepada anggota tubuh itu akan dapat menyegarkan semula  badan kita dan kita menjadi bersemangat untuk mengerjakan solat.
klu waktu solat dah nak habis mcm mana?
ReplyDeletekan ada manusia yg suka solat akhir2 waktu......
btul jgk , tpi boley ke mnunaikan wktu isyak lmbt ? contohnya , hmpir subuh , bru kite tersedar ..
ReplyDelete