Mutawatir ialah kata serapan bahasa Arab yang bermaksud "diturunkan daripada seorang ke seorang".  Istilah ini digunakan dalam pengajian Ulum al-Quran dan Mustalah Hadith. Hadis Mutawatir ialah nas hadis  yang diketahui/diriwayatkan oleh beberapa bilangan orang yang sampai  menyampai perkhabaran (Al-Hadis) itu, dan telah pasti dan yakin bahawa  mereka yang sampai menyampai tersebut tidak bermuafakat berdusta  tentangnya. Ini kerana mustahil terdapat sekumpulan periwayat dengan  jumlah yang besar melakukan dusta.
Hadis Mutawatir, iaitu hadis yang memiliki banyak sanad dan mustahil  perawinya berdusta atas Nabi Muhammad saw, sebab hadis itu diriwayatkan  oleh banyak orang dan disampaikan kepada banyak orang. Contohnya,  "Barangsiapa berdusta atas namaku dengan sengaja, maka tempatnya dalam  neraka. " (H.R Bukhari, Muslim, Ad Darimi, Abu Daud, Ibnu Majah,  Tirmizi,. Abu Ha'nifah, Tabrani, dan Hakim).
Menurut para ulama hadis, hadis tersebut di atas diriwayatkan oleh  lebih dari seratus orang sahabat Nabi dengan seratus sanad yang  berlainan. Oleh sebab itu jumlah hadis Mutawatir tidak banyak.  Keseluruhan daripada ayat-ayat al-Quran  adalah mutawatir, manakala terdapat sebahagian hadis sahaja yang  mutawatir. Hadis yang tidak mencukupi syarat-syarat mutawatir dikenali  sebagai Hadis Ahad.
Hadis Mutawatir terbagi dua:
- Mutawatir Lafzi, yakni perkataan Nabi,
 - Mutawatir Amali, yakni perbuatan Nabi.
 

~ 0 comments: ~
~ Post a Comment ~