Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah
Tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah
Wahai  manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku  tidak  mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua  selepas tahun  ini. Oleh itu dengarlah dengan telti kata-kataku ini dan   sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada   hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah   jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.Kembalikan  harta  yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah   kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi.   Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti   membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah  mengharamkan  riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba  dibatalkan sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia   telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,   maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara   kecil.
Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas  isteri kamu mereka  juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka  menyempurnakan hak  mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk  diberi makan dan  pakaian dalam Susana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah  terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu   kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak   boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan   dilarang melakukan zina.
Wahai Manusia, dengarlah  bersungguh-sungguh kata-kataku ini,  sembahlah Allah, dirikanlah  sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di  bulan Ramadhan, dan  tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan  kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji  sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa  setiap Muslim adalah saudara kepada  Muslim yang lain. Kamu semua  adalah sama; tidak seorang pun yang lebih  mulia dari yang lainnya  kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.
Ingatlah,  bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk  dipertanggung  jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh  itu Awasilah  agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan  kebenaran selepas  ketiadaaku.
Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul  yang akan datang  selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu  wahai manusia,  nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang  telah aku  sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan  kepada kamu  dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan  mengikuti  kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat  selama-lamanya. Itulah  ALQURAN dan SUNNAHKU.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga   yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus   mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan   risalahMu kepada hamba-hambaMU.
 
Monday, 6 June 2011
Khutbah Terakhir Nabi Muhammad S.A.W
by
admin

~ 0 comments: ~
~ Post a Comment ~