Sunday 11 September 2011

Solat Dalam Keadaan Mengantuk


Diriwayatkan dari Anas r.a: “Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: “Apabila seseorang mengantuk ketika sedang mengerjakan solat hendaklah ia tidur terlebih dahulu hingga ia mengerti apa yang ia katakan (atau ia bacakan).”
(al-Bukhari)


Huraian:
Jika kita merasa sangat mengantuk dan letih eloklah sekiranya kita baring seketika. Selepas itu bangun dan ambillah wudhu’ dan tunaikan solat. Ingat! Jangan terus tertidur.
Sebenarnya seseorang itu hendaklah bersembahyang dengan kekuatan yang ada pada dirinya. Tidak secara terpaksa hingga tidak sedar tentang bacaan dalam solat mahupun bilangan rakaat yang telah dikerjakan. Solat seperti ini boleh membawa kepada batal.
Malah adalah lebih baik sekiranya setiap kali merasa mengantuk kita memperbaharui wudhu’ semula kerana dengan cara membasuh muka dan mengenakan air kepada anggota tubuh itu akan dapat menyegarkan semula badan kita dan kita menjadi bersemangat untuk mengerjakan solat.

~ 2 comments: ~

AZMI KHAN says:
at: 12 September 2011 at 01:57 said...

klu waktu solat dah nak habis mcm mana?
kan ada manusia yg suka solat akhir2 waktu......

what i thought says:
at: 12 September 2011 at 03:08 said...

btul jgk , tpi boley ke mnunaikan wktu isyak lmbt ? contohnya , hmpir subuh , bru kite tersedar ..

~ Post a Comment ~

+