Friday 5 August 2011

Mengapa Nabi Muhammad SAW suka sangat buah tamar ??




                Ramadhan yang datang tentunya tidak lengkap tanpa kehadiran buah tamar, buah kegemaran Rasulullah SAW juga kegemaran kita semua. Namun terfikirkah kita apa sebenarnya keistimewaan buah ini sehingga dijadikan antara ‘juadah’ utama Rasulullah SAW berbuka mahupun bersahur? Jawapannya ada dalam coretan ringkas ini. Kalau mahu lebih mendalam, tanyalah mana-mana Ustaz mahupun Guru Biologi, Kimia, atau Sains, InsyaAllah mereka semua boleh terangkan dengan lebih mendalam lagi.
                Berbalik pada persoalan kita, buah tamar sebenarnya disebutkan dalam Hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Sayyidatina Aisyah berkata: “Adakalanya dapur rumah kami tidak berasap selama sebulan. Yang ada (untuk dijadikan makanan) hanyalah buah tamar dan air. Melainkan kadangkala diberikan kepada kami sedikit daging”
                Dalam riwayat lain Bukhari meriwayatkan, Abdullah bin Jaafar berkata: “Saya melihat Rasullulah  SAW memakan tamar basah dan sayur dari jenis mentimun”. Semua ini dan banyak lagi hadith-hadith yang membuktikan Rasulullah SAW memakan banyak buah tamar. Persoalan kita belum terjawab, “Apa keistimewaannya??”
                Baiklah, berdasarkan laman web Pemakanan & Pertanian bangsa-Bangsa Bersatu (Food And Agriculture Organisation Of The United Nations), A.Zaid dan P.F de Wet melaporkan satu kilogram buah tamar mengandungi 220 gm air, 2740 kalori gula, 22 gm protein, 2 gm lemak, 6480 mg kalium, 630 fosforus, 590 gm magnesium, 500 unit vitamin A, 22 mg vitamin B7 dan 19 gm zat-zat logam. Masya Allah, sebegitu banyak kandungan









 



buah tamar dalam hanya satu kilogram. Ini belum termasuk asid-asid dan mineral lain.
                Mengikut perspektif lain pula,bagi para ibu yang mengandung, saat melahirkan anak memerlukan terlalu banyak tenaga. Kalau tak percaya, tanyalah ustazah dan cikgu yang pernah melahirkan anak, sudah tentu mereka akan tersenyum dan tidak menafikan fakta ini. Mengikut ensiklopedia kesihatan, semasa para ibu melahirkan anak (labour) kadar gula dalam darah akan menurun, dan si ibu sangat memerlukan karbohidrat bagi mengembalikan tenaganya. Oleh itu, kalium yang terdapat dalam buah tamar bertindak menyeimbangkan cecair dalam badan di samping memantapkan fungsi saraf serta otot. Justeru, buah tamar amat sesuai kepada para ibu yang mengandung sekaligus menampakkan perintah Allah SWT supaya Maryam memakan buah tamar semasa hampir melahirkan Nabi Isa a.s sememangnya saintifik dengan penemuan semasa.
                Malah, Sunnah bagi ibu bapa ynag melahirkan anak melakukan Tahnik iaitu menggosok lelangit bayi dengan kurma yang telah dikunyah sehingga memenuhi lelangit si bayi. Tuntutan Tahnik bukanlah perbuatan tidak masuk akal, bahkan secara saintifiknya, gula sukrosa yang terdapat dalam kurma mampu mengurangkan kesakitan bagi bayi yang baru dilahirkan.
Rounded Rectangle: Cinta Sunnah ibarat Cinta Rasulullah         Cinta Rasulullah ibarat Cinta Allah                 Sekarang, jelaslah kepada kita bahawa banyak keistimewaan buah kurma, bukan sekadar buah sahaja. Lantaran itu marilah sama-sama kita menyokong segala makanan Sunnah kerana di sana terdapat terlalu banya kebaikan yang diketahui atau mungkin belum diketahui khasiatnya. 

Cinta Sunnah ibarat Cinta Rasulullah         
 Cinta Rasulullah ibarat Cinta Allah


~ 0 comments: ~

~ Post a Comment ~

+