Friday 10 June 2011

Nasihat Buat Pemuda/Pemudi


ini adalah candangan nasihat drp Ustaz zaki

Cadangan/Nasihat:
Kepada sesiapa yang ada perasaan kepada seseorag, minta petunjuk dariNYA dan luahkan melalui saluran yg betul.

Antaranya; direct tu empunya diri (mesti aman dari fitnah), atau melalui kunjungan kpd keluarga empunya diri, atau melalui org tengah.

Jika ditolak, jangan sedih, bunga bukan sekuntum... =)

Bagi Si Gadis pula, jika yang meminta anda itu Si Jejaka yangg cukup semuanya (terutama agama dan persediaan) dengan niat untuk KAHWIN dalam masa terdekat (bukan untuk couple-couple), maka terimalah.
Namun, nasihat ini untuk semua (terutama yg muda-mudi):



Satu analogi untuk seseorang yang bersedia ke arah cinta halal atau yg sedang bercita-cita ke arah itu.

“Untuk menjadi nahkoda, apa yg penting pada mulanya adalah persiapan sebuah bahtera yg lengkap dan berusaha sedaya mungkin untuk melihat dari segenap penjuru tentang keadaan bahtera tersebut, seterusnya, nahkoda juga perlu menyiapkan diri dengan ilmu-ilmu pengendalian bahtera, serta ilmu-ilmu teknikal yang berkaitan, agar dengan membawa masuk anak-anak kapal ke dalam bahtera seterusnya berlayar, dapat menjamin keselesaan mereka semua dan yang pasti setiap bahtera berlainan nahkoda dan berlainan lautan menjanjikan pelbagai peristiwa/dugaan yg bakal ditempuh, dan ini semua diatasi dengan ilmu-ilmu yg telah dilengkapi sebelum ini..”

“Jika hanya mendayung sampan, jangan sesekali menduga lautan dalam, jika hanya persediaan terlalu sedikit, masih belum tetap pendirian dan keyakinan, jangan sekali-kali mencuba utk memasuki alam perkahwinan yg menanti dengan 1001 warna kehidupan..”

Walau bagaimanapun, SABAR, TAWAKKAL dan TAQWA itulah kunci segala-galanya..

اللهم إِنِّي أَسْأَلُكَ حُبَّكَ وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ وَحُبَّ مَا يُقَرِّبُنِي إِلَيْكَ
وَأَدْخِلْنِي الْجَنَّةَ مَعَ ذلِكَ الْحُبّ

Ya Allah, aku memohon kecintaanMU, kecintaan org yg sentiasa mencintaiMU, kecintaan apa sahaja mendekatkan diriku kpdMU, dan masukkanlah aku ke syurga bersama-sama kecintaan itu..
Allahumma Amiin..

Wallahu'alam..

~ 2 comments: ~

ayuni says:
at: 10 June 2011 at 05:45 said...

terima kasih kongsi entri ini. mudahan2 hubungan yang ingin dijalinkan mendapatkan keredhaan.

admin says:
at: 10 June 2011 at 06:18 said...

sama-sama ukhti. Insya Allah

~ Post a Comment ~

+